Latest Entries »

Just image...

Pernahkah anda mengalami simptom-simptom berikut?

  • Tertekan.
  • Bingung.
  • Buntu.
  • Keliru.
  • Marah.
  • Meluat.
  • Sedih.
  • Kecewa.
  • Putus Harapan.
  • Resah.
  • Rasa Bersalah.
  • Keseorangan / Kesunyian / Kesepian.
  • Malu / Terlalu rendah diri.
  • Hilang keyakinan.
  • Takut.
  • Bosan.

Simtom-simtom tersebut menunjukkan bahawa anda memerlukan KAUNSELOR sebagai pembantu anda. Pastikan anda bertindak leih awal sebelum simtom-simtom tersebut melarat dan menjadi barah sehingga anda mengalami SAKIT MENTAL.

JENIS-JENIS KAUNSELING:-

  • Kaunseling individu.
  • Kaunseling kelompok.
  • Kaunseling perkahwinan.
  • Kaunseling keluarga.
  • Kaunseling kanak-kanak.
  • Kaunseling remaja.
  • Kaunseling kerjaya.
  • Kaunseling intervensi krisis.
  • Kaunseling perubatan dan kesihatan.

Setiap klien boleh mencari kaunselor-kaunselor profesional dan mempunyai kepakaran tertentu mengikut keperluan…

Advertisements

Image

Bagaimana kaunseling boleh membantu anda?

  1. Kaunseling boleh memberikan PENDIDIKAN psikososial kepada kliennya.
  2. Kaunseling juga mampu MENCEGAH diri klien daripada melakukan tindakan-tindakan luar kawal dan negatif.
  3. Kaunseling juga mampu meningkatkan PERKEMBANGAN diri klien tersebut.
  4. Kaunseling juga merupakan proses PEMULIHAN terhadap permasalahan psikologi yang dihadapi oleh klien.

Tujuan kaunseling adalah seperti berikut:-

1.  Memberi maklumat,
2.  Menggalakkan celik akal.
3.  Memberi sokongan.
4.  Penyelesaian konflik.
5. Membuat keputusan.

Kaunseling juga merupakan sebuah proses interaksi yang berstruktur kerana:-

  • Kaunseling mempunyai PRINSIP yang tersendiri.
  • Kaunselor juga melakukan kaunseling berlandaskan ETIKA kaunseling.
  • Setiap sesi kaunseling mempunyai jangka MASA yang tertentu.
  • Setiap sesi kaunseling juga akan dijalankan di TEMPAT yang bersesuaian dan selamat kepada klien.
  • Kaunseling mempunyai PROSES yang tertentu.
  • Setiap kaunseling juga mempunyai MATLAMAT yang berdasarkan keperluan dan kemampuan klien.

Perkara-perkara berikut merupakan BUKAN KAUNSELING yang perlu difahami semua orang:-

  • Memberi tunjuk ajar.
  • Memberi hanya maklumat.
  • Mempengaruhi sikap, kepercayaan dan pendapat dengan cara paksaan atau ancaman meskipun dengan cara yang lembut.
  • Menganalisa masalah dan memberi taksiran sendiri.
  • Membuat orang bergantung kepada kita tanpa berdikari
  • Nasihat yang keterlaluan.
  • Mempengaruhi Klien dengan sejarah hidupnya.

Seorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee (yuran) yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain.

Kaunselor berdaftar bermaksud, seorang yang didaftarkan di bawah seksyen 26 atau 27 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Ini bermakna seorang itu perlu mendapatkan perakuan pendaftaran daripada Lembaga Kaunselor Malaysia yang melayakkannya untuk bergelar kaunselor berdaftar, manakala Kaunselor Berdaftar tersebut (KB) perlu mendapatkan Perakuan Amalan (PA) untuk mengamal kaunseling. Oleh itu, secara profesionalnya kaunselor perlulah mendapat pendaftaran sebagai kaunselor serta mempunyai perakuan amalan dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan ia tertakluk kepada AKta Kaunselor 1998 (Akta 580).

AWAS!

Berhati-hati dengan kaunselor PALSU demi kesejahteraan dan keselamatan diri anda…

Menurut Akta Kaunseling 1998 (Akta 580), – Suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh KAUNSELOR BERDAFTAR mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

Kaunseling merupakan suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibbah, kesedaran dan saling memahami. Apabila proses ini dikembangkan, sudah tentunya berlaku juga proses kesedaran diri bagi orang yang menerima pertolongan. Usaha tersebut merupakan hasil pemangkin yang berpunca daripada orang yang memberi pertolongan (Kaunselor). – Othman Mohamed (2005).

Kaunseling adalah suatu proses untuk membantu individu / kelompok, melalui perhubungan menolong untuk mencapai tahap kesihatan mental yang optima melalui perkembangan dan penyesuaian peribadi serta sosial untuk mencegah dari sebarang kesan penyakit somatik, emosi dan kecelaruan intra mahupun interpersonal. – American Mental Health Counselors Association Committee (1978).

Oleh itu, kaunseling merupakan suatu proses tolong bantu daripada seorang kaunselor profesional kepada kliennya, bagi menyesuaikan diri klien untuk menghadapi permasalahan yang dihadapi sama ada dari dalam diri klien itu sendiri mahupun dengan persekitarannya. Kaunselor perlu mematuhi segala etika dan mempunyai kelengkapan yang tersendiri serta mempunyai kemahiran-kemahiran kaunseling yang baik ketika memberikan intervensi kepada klien,  manakala klien pula perlulah mempunyai kesedaran untuk berubah serta hadir ke sesi kaunseling secara sukarela dengan mempunyai matlamat untuk lebih mengenali diri seadanya…

Group counseling.Ramai yang sering mengucapkan perkataankaunseling. namun adakah kita semua tahu perkara-perkara berikut secara fakta yang betul:-

–  Definasi kaunseling yang sebenar.

–  Siapakah kaunselor.

– Apakah tujuan kaunseling?

–  Apa yang kaunseling boleh lakukan?

–  Siapa yang perlu berjumpa kaunselor?

–  Di manakah boleh mendapatkan khidmat kaunseling?

Segala persolan di atas akan terjawab apabila saudara/i menyusuri blog ini secara menyeluruh. Oleh itu, fahamilah kaunseling itu secara fakta dan bukannya menurut rasa hati dan andaian semata-mata. Sesungguhnya adalah suatu kerugian sekiranya saudara/i meminggirkan kaunseling pada ketika psikologi saudara/i amat memerlukannya.

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua…

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya membina blog ini. Sebagai manusia biasa yang sememangnya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan, Saya ingin mengalu-alukan kunjungan saudara-saudari dalam blog ini. Sesungguhnya saya akan cuba memberikan pelbagai maklumat untuk tatapan saudara/i sekalian. Namun begitu, Saya juga memohon agar para pembaca dapat kiranya memberikan sebarang komen atau pembetulan terhadap maklumat-maklumat yang akan Saya paparkan kelak. Saya percaya perkongsi itu suatu yang bermanfaat buat kita semua. Semoga saudara/i akan menjadi sahabat Saya buat selamanya, InsyaAllah…

Salam perkenalan buat semua…